Wednesday, March 28, 2012

Majlis Akikah Dan Cukur Jambul Thaqif (Part II)

Part 2..



tido je Thaqif sblum rambutnya di cukur.. so sweet my Hero ni..:)


*mase nak mula cukur ni Thaqif nangis sakan.. cian..sakit agaknya, ibu Thaqif cakap, Thaqif nak susu.. takpe sekejap je, mase pertengahan tu dia dah terlelap.. hehe..lama kot agaknya dicukur rambut oleh Ustazah tu..:)


Alhamdulillah majlis Thaqif selamat diadakan.... syukur Alhamdulillah,  moga Thaqif menjadi insan yg soleh di dunia n akhirat kelak.

**InsyaAllah 31/3 ni plak, nak wat kenduri kesyukuran sket kat kampung di rumah TokAbah Melaka pulak..

Sunday, March 25, 2012

Kerak Kepala / Cradle Cap / Tahi Sawan

Kerak kepala kelihatan seperti kondisi kelemumur yang parah. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dihapus buang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung; di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala.

Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama kehidupan bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi bertatih. Walaupun kondisi itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak merbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.


Kerak kepala Aqif mula kelihatan apabila dah dicukur rambut nya.


Adalah disangka ianya akibat hormon yang tertinggal dalam badan bayi anda dari kehamilan. Hormon itu merangsangkan sekresi dari kelenjar yang ada pada kulit kepala, membuatkan sel-sel kulit atas kepala bayi anda melekat ke kulit kepala. Sekresi berkurangan beberapa minggu atau bulan selepas kelahiran, justeru menerangkan bagaimana ia boleh hilang begitu sahaja.

Ia juga dikaitkan dengan sejarah kondisi alergi keluarga, seperti ekzema, termasuk masalah dermatitis seborea lain, iaitu kelemumur, di masa dewasa kelak.

Ia selalunya hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan selepas kelahiran. Dalam kebanyakan kes ianya hilang apabila usia anak anda dua tahun, tetapi boleh berlanjutan atau datang semula secara bertompok-tompok untuk masa yang lebih lama

Terdapat beberapa strategi yang anda boleh cuba untuk menanggalkan sisik-sisik itu:

• Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut.

• Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.

Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat infeksi, doktor anda boleh mempreskripsikan krim antifungus, seperti krim 2 peratus ketokonazola.

Suda tentu anda teringin untuk duduk dan mengikis lapisan kerak atas kepala anak anda, tetapi elakkan ini, sebab membuat demikian akan menyebabkan tompok-tompok kemerahan yang boleh mendapat infeksi.

Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika kondisi itu berlarutan, atau menjadi lebih parah, atau merebak ke muka atau leher anak anda.

** Ayah ngn Ibu Aqif memang sentiasa risau dgn kerak kepala Aqif tu.. banyak betul petua2 yang dikongsi orang sekeliling.. alhamdulillah, lebih kurang dalam 2 minggu baru beransur baik. Antaranya penggunaan Minyak kelapa dara, Johnson baby oil,  syampu sebamed dan juga penjagaan kebersihan bahagian kepala Aqif.


Friday, March 23, 2012

Majlis Akikah dan Cukur Jambul Thaqif (Part 1)

Assalamualaikum..
seperti yang dijanjikan pada post sebelumnya, kali ni saya akan story sikit mengenai majlis Akikah dan Cukur Jambul, putera hati kami, THAQIF ILMAN yang telah selamat diadakan pada 4 Mac 2012 yang lalu.  Alhamdulillah sumer yang di rancang segalanya berjalan lancar.
Majlis diadakan selepas Solat Zohor di Kampung Ibu Thaqif , Kg Lubok Batu, Segamat. 







Tok Abah n famili Ayah dari Melaka pun datang tuk meraikan kehadiran orang baru dalam family. Awal Tok Abah dah sampai ngn PakMan n Busu Ika. Bibik sekeluarga pun sudi datang mjlis Aqif.
Sehari sebelum majlis lagi, satu rumah dah sibuk bersiap2 tuk majlis Aqif ni, as parents, kami sangat2 teruja n sangat2 bersyukur. TokMak la org kuat majlis Aqif ni selain TokAyah,Paklong, MakLong, PakNgah, MakNgah,PakUde, MakUde, PakAndak,Busu dan sedara mara di segamat yang banyak membantu. Terima Kasih banyak2..:)
Hari ini Aqif x meragam langsung..baik je.. Lepas siapkan Aqif, tido je .. sebenarnya, Aqif taklah meragam sangat..lite-lite je mase ni.. 
**nanti kita sambung part 2 ye.. banyak sgt gmbar.. nnt kita story2 lagi..:) Kita tgk gmbar Aqif lepas dicukur k..

Tuesday, March 20, 2012

Akikah Dan Cukur Rambut

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.
*steady je Thaqif mase di cukur rambutnya..Ibu dia yang panik..hehehe


Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.
Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.

**next post saya akan ceritakan tentang majlis akikah dan cukur rambut Thaqif yang telah selamat di laksanakan pada 4 Mac 2012 yg lalu.

Monday, March 19, 2012

Ruam Susu



Ruam susu terjadi bukan semata-mata kerana susu…
*cian Thaqif....


susu ibu mengandungi berjuta-juta sel hidup yang mana jika dibiarkan terdedah sel-sel itu akan mati…(susu kena muka bayi dan kita tak cuci…maka susu itu akan rosak)
sel-sel hidup yang da mati akan menjadi ‘kesukaan’ bakterian dan kuman…
maka bakteria dan kuman akan ‘bertandang’ ke area kena susu tadi..lantas menempel dan berumahtangga di situ..jadilah ruam susu
sebab itu kita digalakkan…dicadangkan cuci area kena susu ibu setiap kali selepas menyusu dengan kain lembut yg lembap…

Antara petua orang lama yang boleh di cuba:

1.Ramas 2 helai daun sirih muda bersama sedikit air.
Tumbukkan ibu kunyit sebesar jari kelengkeng.
Campurkan kedua bahan tersebut, kemudian bancuh
bersama bedak sejuk.
Sapukan pada kulit bayi yang terkena ruam susu.

2.Ambil segenggam daun letup, masukkan kedalam air suam
beserta sedikit ibu garam, ramas dan mandikan bayi dengan
air tersebut menggunakan daun tadi.
Lakukan setiap kali bayi dimandikan.

**OurLittleHero pun terkena ruam susu ni..sian..teruk merah muka aqif, lps tu ramai bgtau kene lapkan sekitar mulut aqif lepas menyusu. Alhamdulillah, x lama lps tu ruam tu beransur hilang. Ibu Aqif pun ada sapukan bedak sejuk kat muka aqif pada waktu malam.

Updated Thaqif

assalamualaikum..
Saya akan updated citer pasal THAQIF sikit-sikit.
*so comel hero ayah n ibu nie..:)

Nak wat sekaligus, mmg x la.. malas sikit taip menaip nie.. hehe.. actually ourlitlehero si THAQIF ni dah nak masuk 2 bulan usianya, InsyaAllah 22/3 ni Aqif genaplah 2 bulan.Bukan pe, saya akan selitkan apa2 info tentang bayi untuk di kongsi bersama-sama.

cari mood nak nages..skrg ni klw nanges.. huhuhuuhu..

Banyak lagi cerita Thaqif nak dikongsi bersama ni, walaupun baru nak masuk usia 2 bulan.. pengalaman menjaga Thaqif sangat2 menyeronokkan dan juga menguji kesabaran yg tinggi bagi kami.


Wednesday, March 14, 2012

Di Sini Bermula

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, pada 23 Januari 2012 maka kami dikurniakan putera sulung kami ,THAQIF ILMAN B NAZMI. Alhamdulillah, dan teramat2 bersyukur di atas kurniaan khalifah Allah ini.
Disini saya akan ceritakan sedikit rentetan peristiwa menyambut kelahiran cahaya mata pertama kami ini.
Mengikut duedate, Thaqif di jangkakan akan dilahirkan pada 25 Januari 2012. Apapun itu cuma jangkaan, pada tgh malam 22 Januari itu, seperti biasa kami berada di rumah bersama-sama ibu mertua dan adik. Malam itu merupakan malam tahun baru cina. Yelah, masa tu tepat jam 12 tgh malam... bunga api di sana-sini. Kami berdua ni mengintaila dari tirai kamar melihat keindahan bunga api tersebut. Yelah, rumah kami di tingkat 11, so bolehlah lihat bunga api disekitar Nusajaya ni. Masa ni la, si Ibu dah mula rase sakit. Biasela, anak pertama, gabra tak ingat. Apalagi decide g spital la dengan kadar segera. Kejut mak n adik, sumer siap2 g spital. Memang 2 month b4 Thaqif lahir lagi si Ibu dah decide nak deliver kat Columbia Asia Nusajaya, sbb Ibu dah serik nak ke HSA sbb aritu dah kene seluk..lps tu berjam2 menunggu.
*ni la hospital tempat lahirnya OurLittleHero THAQIF ILMAN


Akhirnya dari rumah kami tiba setengah jam kemudian ke Hospital Columbia Asia yang berhampiran dengan Gelang Patah. Sampai hospital, Ibu terus g masuk bilik screening, nthen 15 minit kemudian, datang midwife bagitau kat Ayah, yang Ibu kene tahan wad, sbb jalan dah buka 1cm. Apa 1 cm je..? mesti korang pikir, apsal la g spital sedangkan baru sikit je buka. Sbb, ini pengalaman pertama, Ibu x pasti tu sakit permulaan atau sakit memang terus nak bersalin. Apa2pun, ini semua pengalaman.:) Ibu admit wad jam 1.30 am dan Thaqif dilahirkan secara normal pada jam 4.59pm. Alhamdulillah, seram sejuk jugak Ayah bersama2 Ibu dalam dewan bedah. Perrgghhh..sungguh dahsyat semangat seorang Ibu dalam melahirkan seorang anak.! huhuhu..terharu sungguh. Ayah sampai tak terkata melihat Thaqif dilahirkan dihadapan mata sendiri. Syukur Alhamdulillah Ya Allah.
I am a BOY...:)


with Ibu n Ayah after d bersihkan 4 da first time..:)


*so sweet , mase first time nurse hantar baby kat katil Ibu..:) BamBam..

Tuesday, March 13, 2012

Pengenalan

Salam pengenalan wat semua, sbnrnya idea buat blog ni adalah idea ibu thaqif yang beria2 menyuruh saya buat blog untuk anak sulung kami Thaqif Ilman, agar bila thaqif dah besar nanti bolehla dia menatap coretan ayah dan ibu nya ni. . InsyaAllah akan kami updated kan perkembangan hero kami ni berserta info2 berguna untuk para parents yang first timer dpt cahaya mata ini.




testing 1..testing 2.. testing 3..