Wednesday, April 4, 2012

Batuk dan selesema Bayi



Batuk dan selesema adalah dua masalah yang boleh dikatakan pasti berlaku pada setiap bayi. Tidak kira musim sejuk atau panas, simptom tersebut boleh menjadi kronik kepada kesihatan bayi kerana kesukaran mereka untuk mengeluarkan kahak dan hingus boleh menjadi punca penyakit seperti bronkitis atau brochospasm.
Saat masalah tersebut berlaku pada bayi, pasti ibu bapa akan berasa gusar kerana bayi belum mempunyai kepandaian untuk mengeluarkan kahak mahupun menghembus hingus mereka sendiri.
Sebab itulah ada ibu atau bapa yang prihatin sanggup menyedut hingus pada hidung bayi mereka kerana khuatir keadaan tersebut akan membuatkan bayi tidak selesa untuk bernafas.

SELESEMA
Salah satu perkara yang paling sukar dilalui oleh ibu bapa yang baru ialah apabila bayi mereka mendapat selesema buat pertama kali. Bayi anda akan berasa tidak selesa, tersenguk-sengak dan sukar untuk menyusu. Memang tidak senang anda melihatnya, tetapi terdapat banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan ketidakselesaan bayi anda. Anda boleh bertenang sebab ianya hanya selesema biasa dan selalunya tidak serius. Pakar-pakar menganggarkan bahawa bayi anda akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertamanya. Ini menggunakan banyak helaian tisu dan berjaga malam.

 Menyusukan ialah salah satu cara terbaik untuk melindungi kesihatan bayi anda sebab selagi dia menyusu badan, dia akan mendapat simptom antibodi anda dan keimunan semula jadi anda. Dan apabila bayi yang disusukan jatuh sakit, penyakit itu ringan sahaja


BATUK
Mungkin boleh pertimbangkan untuk melakukan teknik tepukan percussion.
Cara melakukannya ialah:
  • Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut.
  • Pastikan bantal itu tidak terlalu tebal.
  • Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
  • Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi. 

Petua 1

1. Selepas mandi pastikan ubun-ubun dikeringkan

2. Sapu minyak bawang di dada bayi atau kanak-kanak

NOTA: Cara membuat minyak bawang: Potong kecil-kecil bawang merah dan campurkan dengan minyak masak.

Petua 2

1. Ambil asam gelugor dan tenyeh-tenyeh ke tapak tangan bersama sedikit kapur makan

2. Sapu di dada bayi atau kanak-kanak yang batuk
    sumber :: utusan malaysia ; baby centre ;

Wednesday, March 28, 2012

Majlis Akikah Dan Cukur Jambul Thaqif (Part II)

Part 2..



tido je Thaqif sblum rambutnya di cukur.. so sweet my Hero ni..:)


*mase nak mula cukur ni Thaqif nangis sakan.. cian..sakit agaknya, ibu Thaqif cakap, Thaqif nak susu.. takpe sekejap je, mase pertengahan tu dia dah terlelap.. hehe..lama kot agaknya dicukur rambut oleh Ustazah tu..:)


Alhamdulillah majlis Thaqif selamat diadakan.... syukur Alhamdulillah,  moga Thaqif menjadi insan yg soleh di dunia n akhirat kelak.

**InsyaAllah 31/3 ni plak, nak wat kenduri kesyukuran sket kat kampung di rumah TokAbah Melaka pulak..

Sunday, March 25, 2012

Kerak Kepala / Cradle Cap / Tahi Sawan

Kerak kepala kelihatan seperti kondisi kelemumur yang parah. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik. Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dihapus buang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung; di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala.

Kerak kepala kerap berlaku di kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama kehidupan bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi bertatih. Walaupun kondisi itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak merbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.


Kerak kepala Aqif mula kelihatan apabila dah dicukur rambut nya.


Adalah disangka ianya akibat hormon yang tertinggal dalam badan bayi anda dari kehamilan. Hormon itu merangsangkan sekresi dari kelenjar yang ada pada kulit kepala, membuatkan sel-sel kulit atas kepala bayi anda melekat ke kulit kepala. Sekresi berkurangan beberapa minggu atau bulan selepas kelahiran, justeru menerangkan bagaimana ia boleh hilang begitu sahaja.

Ia juga dikaitkan dengan sejarah kondisi alergi keluarga, seperti ekzema, termasuk masalah dermatitis seborea lain, iaitu kelemumur, di masa dewasa kelak.

Ia selalunya hilang dengan sendiri dalam beberapa bulan selepas kelahiran. Dalam kebanyakan kes ianya hilang apabila usia anak anda dua tahun, tetapi boleh berlanjutan atau datang semula secara bertompok-tompok untuk masa yang lebih lama

Terdapat beberapa strategi yang anda boleh cuba untuk menanggalkan sisik-sisik itu:

• Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut.

• Gosok minyak bayi yang lembut atau minyak zaitun ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.

Dalam kes-kes yang teruk di mana kerak kepala itu menjadi radang atau mendapat infeksi, doktor anda boleh mempreskripsikan krim antifungus, seperti krim 2 peratus ketokonazola.

Suda tentu anda teringin untuk duduk dan mengikis lapisan kerak atas kepala anak anda, tetapi elakkan ini, sebab membuat demikian akan menyebabkan tompok-tompok kemerahan yang boleh mendapat infeksi.

Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika kondisi itu berlarutan, atau menjadi lebih parah, atau merebak ke muka atau leher anak anda.

** Ayah ngn Ibu Aqif memang sentiasa risau dgn kerak kepala Aqif tu.. banyak betul petua2 yang dikongsi orang sekeliling.. alhamdulillah, lebih kurang dalam 2 minggu baru beransur baik. Antaranya penggunaan Minyak kelapa dara, Johnson baby oil,  syampu sebamed dan juga penjagaan kebersihan bahagian kepala Aqif.


Friday, March 23, 2012

Majlis Akikah dan Cukur Jambul Thaqif (Part 1)

Assalamualaikum..
seperti yang dijanjikan pada post sebelumnya, kali ni saya akan story sikit mengenai majlis Akikah dan Cukur Jambul, putera hati kami, THAQIF ILMAN yang telah selamat diadakan pada 4 Mac 2012 yang lalu.  Alhamdulillah sumer yang di rancang segalanya berjalan lancar.
Majlis diadakan selepas Solat Zohor di Kampung Ibu Thaqif , Kg Lubok Batu, Segamat. 







Tok Abah n famili Ayah dari Melaka pun datang tuk meraikan kehadiran orang baru dalam family. Awal Tok Abah dah sampai ngn PakMan n Busu Ika. Bibik sekeluarga pun sudi datang mjlis Aqif.
Sehari sebelum majlis lagi, satu rumah dah sibuk bersiap2 tuk majlis Aqif ni, as parents, kami sangat2 teruja n sangat2 bersyukur. TokMak la org kuat majlis Aqif ni selain TokAyah,Paklong, MakLong, PakNgah, MakNgah,PakUde, MakUde, PakAndak,Busu dan sedara mara di segamat yang banyak membantu. Terima Kasih banyak2..:)
Hari ini Aqif x meragam langsung..baik je.. Lepas siapkan Aqif, tido je .. sebenarnya, Aqif taklah meragam sangat..lite-lite je mase ni.. 
**nanti kita sambung part 2 ye.. banyak sgt gmbar.. nnt kita story2 lagi..:) Kita tgk gmbar Aqif lepas dicukur k..

Tuesday, March 20, 2012

Akikah Dan Cukur Rambut

Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.” [Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838] Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”, yakni hadis:“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).” [Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]
Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya. Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.
*steady je Thaqif mase di cukur rambutnya..Ibu dia yang panik..hehehe


Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam. Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.
Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat. Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.

**next post saya akan ceritakan tentang majlis akikah dan cukur rambut Thaqif yang telah selamat di laksanakan pada 4 Mac 2012 yg lalu.